Pages

11 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA /TAHLIL DAN BACAAN YASSIN PPDTL 2009

Majlis berbuka puasa PPDTL 2009 akan diadakan pada Sabtu 12 September 2009 bersamaan 22 Ramadhan 1430 Hijrah. Majlis akan diadakan di perkarangan pejabat PPDTL bermula jam 6.00 petang. Majlis bermula dengan bacaan Yassin , tahlil,tazkirah dan zikir munajat. Selepas solat Maghrib berjemaah, jamuan makan malam dan pemberian duit raya serta sumbangan ikhlas kepada keluarga Allahyarham Mohd. Fadzly bin Fauzi akan disampaikan oleh Tuan Timbalan PPDTL. Majlis diakhiri dengan solat Isyak dan solat Tarawih. Semua warga dan ahli keluarga PPDTL dijemput hadir.

03 September 2009

MESYUARAT PERTAMA SEMINAR INTEGRITI PENDIDIK 2009

Mesyuarat tersebut telah berlangsung pada 4 September 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat PPDTL, jam 9.00 pagi.Antara agenda yang dibincangkan adalah objektif Seminar Integriti, pengagihan tugas AJK, dan hal-hal lain yang berbangkit. Mesyuarat kedua akan diadakan pada 10 September 2009 ( Khamis ) bertempat di Bilik Mesyuarat PPDTL - Harap maklum -

SALAM TAKZIAH BUAT ALLAHYARHAM MUHAMAD FADZLI

Warga PPDTL mengucapkan takziah kepada keluarga Muhamad Fadzli di atas pemergiannya pada tanggal 7 Ramadhan 1430H bersamaan hari Jumaat(28 Ogos 2009).Dengan pemergian beliau, kami warga PPDTL terasa amat kehilangan seorang kakitangan yang sangat komited dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya di bahagian kewangan.Jasa dan bakti beliau selama ini mudah-mudahan mendapat ganjaran daripada Allah SWT dan semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.Semoga keluarga Allahyarham tabah dan redha akan ketentuan illahi. -AL-fatihah-

MAJLIS GOTONG ROYONG PPDTL 2010