Pages

30 March 2010

PEMERGIAN AYAHANDA PEGAWAI PEPERIKSAAN PPDTL

Ucapan takziah kepada Puan Hadibah binti Hashim, Pegawai Peperiksaan PPDTL dan keluarga di atas pemergian ayahanda beliau pada 28 Mac 2010. Semoga beliau tabah dan redha menghadapinya. Setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada Allah S.W.T.

Majlis Bacaan Yasin dan tahlil akan diadakan di Bilik Mesyuarat PPDTL pada hari Jumaat ini 2 April 2010 jam 8.00 pagi.

-Al-Fatihah-

21 March 2010

BENGKEL PENGISIAN DATA LINUS SARINGAN 1

Tarikh: 24 dan 25 Mac 2010
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang ( sila rujuk jadual yang telah diedarkan )
Tempat: Bilik Mesyuarat, PPDTL dan Makmal Komputer SK Perempuan Island

Guru berkenaan diminta membawa bahan-bahan seperti berikut:

1. Komputer riba ( mempunyai perisian 'Microsoft Access 2003' ), 'anti virus' yang telah dikemaskini.
2. SMM Data dalam format mdb(sofcopy) yang telah dikemaskini.
3.Borang BPPI yang telah lengkap diisi.
4.Wayar sambungan.
5. CD ( R ) kosong dan 'pendrive'
6. 3 borang maklumat (maklumat sekolah, data guru B.M dan Matematik )
7.Gambar guru B.M dan Matematik dalam bentuk (Jpeg softcopy)

Sebarang pertanyaan mohon hubungi Puan Hajah Norazizah Haron, Encik Md Nasser Ismail dan Encik Mohd Yusri Mohd Yusoff di talian 04-2296545

-Unit Pengurusan Akademik-

MESYUARAT JK PELAKSANA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2010

Mesyuarat Penyelarasan tugas JK Pelaksana Majlis Anugerah Cemerlang 2010 diadakan mengikut ketetapan seperti di bawah:

Tarikh: 25 Mac 2010 ( Khamis )
Masa : 9.00 pagi
Tempat: Bilik mesyuarat, PPDTL

Semua AJK diwajibkan hadir

-Hajah Ainon Hayati Ahmad-
Urus setia Majlis APC

19 March 2010

LAMAN TAZKIRAH 2010


Nantikan kemunculan LAMAN TAZKIRAH yang akan memuatkan himpunan tazkirah migguan dan juga tazkirah PPDTL ( edisi edaran dalaman ). Untuk makluman lanjut dan sebarang idea boleh disuarakan kepada Encik Mohd Yusri, Pegawai Tadbir ICT.

- Unit Pendidikan Islam PPDTL-

17 March 2010

TAKWIM 2010 & SENARAI JAWATANKUASA 2010


Sila dapatkan Takwim Tahunan 2010 dan Senarai Jawatankuasa pada hari Jumaat ini, 19 Mac 2010 di Bilik Mesyuarat PPDTL.

Encik Nasir Bin Ismail- Pegawai Teknik dan Vokasional-

14 March 2010

MUAT TURUN EG TUKAR (RALAT)

Kepada pelanggan yang tidak dapat muat turun 4 fail dari Unit Pengurusan Sekolah, Sila semak butir berkenaan:

1. Pengguna KPM Net akan mengalami masalah semasa muat turun kerana laman berkenaan telah disekat oleh KPM.

2. Semasa muat turun, pastikan anda tidak menutup 'internet connection' bagi mengelakkan muat turun yang tidak lengkap

3. Sila semak semula fail yang telah berjaya dimuat turun bagi memastikan fail berkenaan lengkap. Selain itu anda tidak mengalami sebarang masalah sewaktu membuka fail berkenaan.

Kami sedang mengemaskini muat turun fail bagi pengguna talian KPM Net. Kami akan memastikan anda boleh muat turun dengan segera.
Harap maklum

-Unit Pengurusan Sekolah PPDTL-

12 March 2010

PELANCARAN BLOG BARU KGSK

Blog baru KGSK telah berjaya dilancarkan pada 12 Mac 2010. Semoga dengan kehadiran blog baru ini dapat memberi manfaat kepada lepasan graduan, guru-guru, pihak sekolah dan ibu bapa.

- Pegawai PPD-

Lawatan Sambil Belajar ke China

Mr Chan Hock Lye, Pegawai Sekolah Cina telah mengadakan lawatan ke China pada bulan ini. Butiran dan gambar akan dikemaskini. - Harap maklum -

09 March 2010

Taklimat berkenaan dengan e-GTukar akan diadakan pada 16 Mac 2010 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (L ) Methodist ( MBS ).Diharap pihak sekolah akan muat turun bahan-bahan tersebut di ruang eg Tukar yang disediakan sebelum menghadiri taklimat tersebut. Berikut adalah langkah untuk muat turun bahan berkenaan:

Langkah 1:Sila klik Unit Pengurusan Sekolah di ruangan laman unit-unit PPDTL (di sebelah kanan blog)

Langkah 2: Klik 4 item di ruangan Eg Tukar

08 March 2010

PELANCARAN BLOG BARU UNIT PENGURUSAN SEKOLAH


Blog baru Unit Pengurusan Sekolah telah berjaya dilancarkan pada 8 Mac 2010. Semoga dengan kehadiran blog baru ini dapat memberi manfaat kepada pihak sekolah dan ibu bapa.

- Pegawai PPD-

02 March 2010

Pemergian Bonda Pegawai Sekolah Rendah

Ucapan takziah kepada Puan Hajah Ainon Hayati, Pegawai Sekolah Rendah PPDTL dan keluarga di atas pemergian bonda beliau pada 1 Mac 2010. Semoga beliau tabah dan redha menghadapinya. Setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada Allah S.W.T

-Al-Fatihah-

MAJLIS GOTONG ROYONG PPDTL 2010