Pages

28 June 2009

PROGRAM KURSUS ePEROLEHAN SIRI 3/2009

Kursus e-Perolehan berlangsung di INTAN Sungai Petani dari 29 Jun - 1 Julai 2009.Antara pegawai dan staf yang hadir ialah Che Ramli, Encik Wan Abdullah Sani, Puan Norjahan, Encik Non & Encik Yusri. Kursus ini bertujuan memahirkan pegawai dan staf untuk menggunakan e-Perolehan seperti mengetahui cara mendaftar & mengurus pembayaran melalui 'online' dan juga perlantikan pegawai terima barang, pegawai padanan bayaran dan pegawai pelulus.

25 June 2009

TAZKIRAH MINGGUAN

Rejab-Bulan Allah S.W.T
Amalan-amalan yang digalakkan pada bulan ini :
  • berpuasa sunat pada 27 haribulan rejab
  • amal ibadat semalaman (tahajuj) ibarat 60 bulan pahala
  • pada bulan ini juga terjadinya isra' & mikraj
  • bulan yang digelar bulan kerahmatan Allah S.W.T
Unit Pendidikan Islam

TAKLIMAT PEMANTAUAN ISO OLEH PEGAWAI JPN

Taklimat pemantauan telah dilaksanakan pada jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat PPD Timur Laut. Penerangan telah dilakukan oleh Encik Zamri & Encik Yusof berkaitan dengan unit-unit penting yang akan diaudit oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 6 Julai sehingga 10 Julai 2009. Diminta semua pegawai dan staf sokongan mengaudit,menganalisa dan menyemak kembali dokumen dan aktiviti yang telah dilaksanakan dari bulan Januari sehingga bulan Jun.

24 June 2009

SANTAPAN MINDA

REVOLUSI BARU

Kualiti pendidikan dan juga pengurusan di semua sektor kerajaan masa kini sedang giat dikemaskinikan. Revolusi terbaru diadunkan dengan kecanggihan teknologi mencetuskan anjakan paradigma PPD TIMUR LAUT untuk bersama menuruti arus teknologi dari aspek teknologi maklumat. Blog kami akan dikemaskini dari semasa ke semasa bagi memudahkan urusan kementerian dan pihak sekolah khususnya berkenaan hal ehwal semasa bahagian Timur Laut. Ianya merangkumi unit-unit di PPD TIMUR LAUT, carta organisasi, informasi terkini setiap urusan pegawai, dan muat turun borang & maklumat.

SEKILAS PANDANG

Perasmian blog terkini PPD TIMUR LAUT

Sekapur sirih...

Selamat datang kepada semua kakitangan kerajaan, warga pendidik & juga pelawat blog terkini PPD TIMUR LAUT. Cetusan idea untuk memberi nafas baru kepada blog ini adalah hasil daripada cetusan Pengarah PPD dan juga pegawai-pegawai untuk memudahkan urusan dan mengemaskini maklumat yang penting untuk semua pelawat blog PPD TIMUR LAUT. Kami warga PPD TIMUR LAUT mengucapkan jutan terima kasih kepada warga kerja dan juga mengalu-alukan sokongan daripada anda semua. Sekian terima kasih.

- MOHD YUSRI B MOHD YUSOFF-

MAJLIS GOTONG ROYONG PPDTL 2010