Pages

24 August 2009

SUKANEKA PRA-SEKOLAH 2009


Program Sukaneka Pra-Sekolah berlangsung dengan jayanya bertempat di Taman Perbandaran Pulau Pinang pada 31 Julai 2009. Kehadiran hampir 600 orang anak-anak kecil Pra-Sekolah menceriakan suasana Taman Belia. Pelbagai aktiviti & permainan yang menarik antaranya seperti Senam Robik beramai-ramai,Tarian Poco-poco, Pertandingan Mewarna, Acara Sukaneka & banyak lagi. Majlis Penutupan disempurnakan oleh Encik Sunny Seowfuddin ( Pegawai Sekolah Menengah )& cadangan untuk menjayakan Karnival Pra-Sekolah akan dilaksanakan dalam masa terdekat

20 August 2009

SALAM PERPISAHAN & PERKENALAN

Majlis bacaan Yasin & tazkirah mingguan berjalan seperti biasa. Namun pada pagi Jumaat ini telah hilangnya seorang pegawai EO iaitu Che Ramli atau nama timangannya Pak long yang sangat berpengalaman dalam bidangnya. Hadiah kenang-kenangan disampaikan oleh Encik Rusli Hashim ( Pegawai HEM ). Beliau menyambung tugasnya di Pusat Khidmat Kontraktor, Kementerian Kerjaraya Alor Setar.

Warga PPDTL juga mengucapkan selamat datang kepada staf baru yang menggantikan beliau iaitu Encik Mohd Rosli Bin Saad dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda Sungai Petani.Selamat bertugas & bersama dengan keluarga PPDTL

09 August 2009

BENGKEL WATAFA++

Bengkel Watafa++ ( Wa Tak Faham / Wajib Tahu & Faham ) telah dijalankan pada 5 Ogos 2009 ( Rabu ) bertempat di Bilik Mesyuarat PPD Timur Laut.Bengkel tersebut bermula dari 2.15 petang - 5.00 petang. Peserta bengkel terdiri daripada guru-guru bahasa Melayu tingkatan 5 daerah Timur Laut.Antara komen positif peserta bengkel:

1. Memberikan banyak strategi untuk mengajarkan bahasa kepada murid-murid.
2. Bengkel ini boleh diperkembangkan di sekolah-sekolah terutama guru-guru bahasa.
3. Bengkel ini perlu diadakan lagi pada masa akan datang bagi membantu guru-guru menambahkan pengetahuan
4. Bengkel ini sangat baik kerana memberikan pendedahan kepadaguru-guru yang baru mengajarkan Bahasa Melayu Menengah Atas.
5. Bengkel ini perlu diteruskan lagi & ada kesinambungannya.

Bengkel ini turut membicarakan isu-isu bahasa dan elemen tatabahasa.
Bengkel WATAFA++ telah dikendalikan oleh 2 orang guru cemerlang.

PEGAWAI BAHASA
-UNIT PENGURUSAN AKADEMIK-

TAKLIMAT PIPP KALI KEDUA PPDTL



TARIKH :9 - 11 OGOS 2009
MASA :3 HARI 2 MALAM
TEMPAT :HOTEL STARCITY, ALOR SETAR KEDAH
(Maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa

MAJLIS GOTONG ROYONG PPDTL 2010