Pages

08 June 2010

PERANAN KETUA PANITIA MATA PELAJARAN

Sila muat turun Peranan Ketua Panitia Mata Pelajaran di sebelah kanan ruangan laman ini.
Terdapat 3 buah fail iaitu No. 1, No. 2 dan No. 3 & 4. Harap maklum

- Unit Pengurusan Akademik PPDTL -

04 June 2010

SUMBANGAN RUANG IKLAN BUKU PROGRAM SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH TIMUR LAUT

Dengan penuh rasa kesyukuran, Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut akan mengelolakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Timur Laut Tahun 2010. Jawatankuasa Permuafakatan Komuniti Bestari memohon jasa baik daripada Tuan untuk turut bersama-sama membantu kami bagi menjayakan majlis tersebut.

Sumbangan Tuan boleh disalurkan melalui penajaan iklan di dalam buku cenderamata yang disediakan oleh pihak kami seperti spesifikasi yang berikut ini:

i) Setengah muka surat RM 50.00 (Hitam putih)
ii)Satu muka surat penuh RM 100.00 (Hitam putih)
iii)Satu muka surat penuh RM 250.00 ( berwarna)(cover belakang)

Sila muat turun borang di ruangan sebelah kanan laman ini iaitu Borang ruangan iklan.

Sebarang pertanyaan tentang hal ini mohon Tuan hubungi Encik Mazli, bahagian Unit Pengurusan Sekolah di talian 012- 5488 498 atau Encik Yusri, bahagian Unit Maklumat di talian 013- 4333 159 / 04-2296546.

-Pegawai PPD-

MAJLIS GOTONG ROYONG PPDTL 2010