Pages

09 August 2009

BENGKEL WATAFA++

Bengkel Watafa++ ( Wa Tak Faham / Wajib Tahu & Faham ) telah dijalankan pada 5 Ogos 2009 ( Rabu ) bertempat di Bilik Mesyuarat PPD Timur Laut.Bengkel tersebut bermula dari 2.15 petang - 5.00 petang. Peserta bengkel terdiri daripada guru-guru bahasa Melayu tingkatan 5 daerah Timur Laut.Antara komen positif peserta bengkel:

1. Memberikan banyak strategi untuk mengajarkan bahasa kepada murid-murid.
2. Bengkel ini boleh diperkembangkan di sekolah-sekolah terutama guru-guru bahasa.
3. Bengkel ini perlu diadakan lagi pada masa akan datang bagi membantu guru-guru menambahkan pengetahuan
4. Bengkel ini sangat baik kerana memberikan pendedahan kepadaguru-guru yang baru mengajarkan Bahasa Melayu Menengah Atas.
5. Bengkel ini perlu diteruskan lagi & ada kesinambungannya.

Bengkel ini turut membicarakan isu-isu bahasa dan elemen tatabahasa.
Bengkel WATAFA++ telah dikendalikan oleh 2 orang guru cemerlang.

PEGAWAI BAHASA
-UNIT PENGURUSAN AKADEMIK-

No comments:

Post a Comment

MAJLIS GOTONG ROYONG PPDTL 2010