Pages

02 February 2010

LINUS Saringan 1


Kepada Guru Besar dan Guru LINUS

Pihak PPD akan membekalkan CD yang mengandungi bahan-bahan Saringan 1

1. Manual Am Numerasi

2. Instrumen Numerasi Lisan

3. Manual Instrumen Numerasi Lisan

4. Manual Am Literasi

5. Instrumen Literasi Membaca

6. Manual Instrumen Literasi Membaca

Saringan ini perlu dilaksanakan pada 1 -28 Februari 2010.

Tuan diminta bertindak mengikut surat dari PPD Timur Laut yang dihantar ke sekolah tuan.

(p.s: Sila hubungi segera Encik Yusri ICT sekiranya CD berkenaan rosak untuk diganti semula)

01 February 2010

MUAT TURUN LINUS 2010

Sila muat turun bahan LINUS 2010 di ruangan Muat Turun LINUS 2010 di sebelah kanan blog. Sila maklumkan kepada Yusri ICT sekiranya mengalami kesulitan untuk muat turun

Unit Pengurusan Akademik PPDTL

21 January 2010

Pegawai Tadbir Kontrak



2 orang pegawai tabdir kontrak telah memulakan tugas di Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut pada 14 Januari 2010. Encik Mohd Yusri Bin Mohd Yusoff ditugaskan untuk membantu unit Maklumat manakala Encik Affendi Bin Ariff bahagian Unit Hal Ehwal Murid. Semoga dengan kehadiran pegawai baru akan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan pengurusan PPD Timur Laut.

-Pegawai PPD-

20 January 2010

LAWATAN KERJA PENANDA ARAS SISTEM FAIL & PENGURUSAN PPD / JPN DI SARAWAK

PPD Timur Laut dan JPN Pulau Pinang sedang mengadakan lawatan penanda aras berkenaan sistem fail bertempat di PPD Sarawak. Lawatan tersebut bermula pada 19 - 22 Januari 2010 dan dihadiri seramai 25 orang pegawai dan staf PPDTL.

13 January 2010

05 January 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 kepada semua warga pendidikan Timur Laut.

Semoga dalam tahun baru 2010, semua sekolah dalam Daerah Timur Laut dan PPD Timur Laut akan mencapai kecemerlangan yang lebih baik.

Pihak PPD mengucapkan tahniah kepada semua sekolah yang mencapai kecemerlangan dalam UPSR dan PMR 2009. Kepada sekolah-sekolah lain yang belum mencapai tahap yang diharapkan, teruskan usaha tanpa mengenal jemu....

MAJLIS GOTONG ROYONG PPDTL 2010