Pages

29 April 2010

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2009


Tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan cemerlang yang telah berlangsung di Dewan Bankuet Sunshine Square, Bayan Baru pada 29 April 2010. Pihak PPD Timur Laut mengucapkan jutaan terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Kami akan mengemaskini senarai nama Penerima APC dan juga foto yang diambil semasa anugerah berkenaan.

- Unit Maklumat PPD Timur Laut -

22 April 2010

MUAT TURUN MAKLUMAT MURID PRASEKOLAH

Sila muat turun Maklumat Murid Prasekolah di ruangan LAMAN UNIT-UNIT PPD ( sebelah kanan laman ini) . Klik Unit Pengurusan Sekolah dan muat turun 5 item pada laman berkenaan.

-Pegawai Sekolah Rendah PPDTL-

18 April 2010

JASAMU DIKENANG PUAN ASMAH

PPD Timur Laut mengucapkan tahniah kepada Puan Asmah Binti Yahaya kerana dapat berpindah ke tempat kerja baru di Maktab Perguruan Tungku Bainun. Beliau telah menamatkan urusan kerjanya yang terakhir pada minggu lepas setelah hampir 8 tahun berkhidmat di PPD Timur Laut.
Kami warga PPD Timur Laut mengucapkan jutaan terima kasih dan memohon ampun dan maaf salah dan silap kami sepanjang beliau bertugas di sini.

-Pegawai PPD-

08 April 2010

BENGKEL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS SPM

TARIKH : 22 APRIL 2010
MASA : 10.45 - 5.00 PETANG
TEMPAT : SMT TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

p.s: Pihak sekolah diminta mengarahkan seorang guru yang mengajarkan Bahasa Inggeris di Tingkatan 5 ( Tiada pengalaman memeriksa kertas Bahasa Inggeris SPM ) untuk hadir ke bengkel berkenaan.

04 April 2010

MUAT TURUN 'SCHOOL IMPROVEMENT PROGRAMME'

Sila muat turun ' SCHOOL IMPROVEMENT PROGRAMME' -SIP- format Power Point di sebelah kanan blog ini. Klik MUAT TURUN 'SIP', kemudian klik SIP.ppt dan muat turun.

-Harap maklum-

30 March 2010

PEMERGIAN AYAHANDA PEGAWAI PEPERIKSAAN PPDTL

Ucapan takziah kepada Puan Hadibah binti Hashim, Pegawai Peperiksaan PPDTL dan keluarga di atas pemergian ayahanda beliau pada 28 Mac 2010. Semoga beliau tabah dan redha menghadapinya. Setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada Allah S.W.T.

Majlis Bacaan Yasin dan tahlil akan diadakan di Bilik Mesyuarat PPDTL pada hari Jumaat ini 2 April 2010 jam 8.00 pagi.

-Al-Fatihah-

21 March 2010

BENGKEL PENGISIAN DATA LINUS SARINGAN 1

Tarikh: 24 dan 25 Mac 2010
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang ( sila rujuk jadual yang telah diedarkan )
Tempat: Bilik Mesyuarat, PPDTL dan Makmal Komputer SK Perempuan Island

Guru berkenaan diminta membawa bahan-bahan seperti berikut:

1. Komputer riba ( mempunyai perisian 'Microsoft Access 2003' ), 'anti virus' yang telah dikemaskini.
2. SMM Data dalam format mdb(sofcopy) yang telah dikemaskini.
3.Borang BPPI yang telah lengkap diisi.
4.Wayar sambungan.
5. CD ( R ) kosong dan 'pendrive'
6. 3 borang maklumat (maklumat sekolah, data guru B.M dan Matematik )
7.Gambar guru B.M dan Matematik dalam bentuk (Jpeg softcopy)

Sebarang pertanyaan mohon hubungi Puan Hajah Norazizah Haron, Encik Md Nasser Ismail dan Encik Mohd Yusri Mohd Yusoff di talian 04-2296545

-Unit Pengurusan Akademik-

MAJLIS GOTONG ROYONG PPDTL 2010